CikNuoy
Friday, 31 July 2026
langit ibrahimiah
tak sangka di situ tempat yang paling tenang buat aku untuk menarik nafas, untuk meluahkan rasa sedih, untuk meluahkan rasa rindu kepada keluarga yang jauh.
oh ya aku semabung cerita ya, sampai aku di tingkat 4 rooftop, ada sesuatu yang berlaku pada aku ketika itu tapi yg hanya aku ingat perasaan sedih.
aku melangkah di tgn kanan aku membawa sebuah al quran, yang sememangnya aku membawa kemana mana kerana ketika itu memang aku seorang pelajar tahfiz, perlu mengejar menghafal. jadi alquran itu tak lekang di tgn ku. untuk mengejar hafalan.
aku duduk di tangga yang penuh simen. merenung ayat alquran, sambil meghafal. berulang kali aku menyebut ayat yg sama, sgt sukar untuk aku ingat. lantas air mata ku jatuh membasahi halaman ayat itu, aku tutup al quran. bangun dari tangga itu menuju ke tingkap yang hanya siap memasang bata.
aku meyandarkan diri ku pada bingkai tingkap tu, melihat dari atas kampung ibrahmiah itu, aku perhatikan ada mak arab tengah jaga kambing, ada pakcik arab tengah menguruskan tanaman. nampak anak anak arab tengah bermain bola. aku melihat setiap inci kehidupan mereka, entah apa yg ada dalam kepala aku waktu tu. aku cuma ingat aku nak lari daripada situ. tapi tak boleh. macamana aku nak bali malaysia? jumpa ayah dan abg abg aku? pulang rumah dan bilik yang aku rasa selamat? aku tidak lah terfikir mahu menyeberangi laut atau membungkus baju dgn berbekal kan roti untuk lari.
aku hanya melihat kehodupan mereka, entah mungkin aku ingin rasa bebas dari semua tekanan ni seperti mereka.
air mata aku mengalir deras, tekak aku seperti ada batu yg sgt berat menghentikan nafas. aku keluarkan perkataan "ayah, akak rindu" "abg paiz abgwan akak rindu" cukup perkataan ini, nafas aku bagi mengeluarkan batu yg begitu keras tadi. aku menangis teresak esak sehingga hati aku merasa lapang.
entah apa ajaib langit ibrahimiah ni, biru seluas mata memandang. tiada awak yang terlihat. seperti aku berada di langit yang lain. bkn seperti langit yang biasa aku tengok di malaysia dpenuhi awan.
langit itu menenangkan daku ketika itu. pelan pelan aku boleh bernafas dengan tenang.
seperti ada yang memeluk dan melihatku. tapi tiada entiti di mata kasar ku. hanya merasa pelukan yg panas.
Monday, 10 April 2023
Aku hanya seorang budak perempuan tumpangan alam nyata
Tuesday, 16 November 2021
Mawar
buat si mawar berhati hati lah engkau saat memberi hati.
hati yg selama kau jaga, mungkin juga dijaga disemai sudah oleh kedua ibubapa mu.
lalu tidak kau hati hati
tambah lah ilmu si mawar yang gemalai
kenali lah yang benar benar..
yang menadah cinta mu nanti adakah yang benar diredha ilahi..
jangan lah engkau sewenang wenang memberi selagi belum berdoa bersungguh2 kepada Tuhan
ketahuilah engkau saat kau tidur hampir setiap malam, merasakan begitu bahgia membayangkan, bagi dia yg bukan halal untuk mu. itu permainan saitan yg pertama.
ketahuilah engkau saat engkau merasakan dunia ini perhiasan yg indah buat mu, dihiasi dgn rasa cinta dan angau bagi dia yang bukan halal untuk mu. yakinlah itu permainan saitan yang kedua.
ketahuilah engkau saat tiap-tiap waktu harian mu penuh dgn mengingati si dia yg bukan halal bagi mu. itu permainan saitan yang ketiga.
saat hal ini berlaku banyak-banyak berdoa dan memohon ampunan kepada Tuhan.
tahulah dikau wahai Mawarku, Tuhan ciptakan mu dgn penuh hikmah,
begitu santun dan sabar nya Nabi mengangkat martabat mu.
jagalah hati mu, jagalah dirimu,
minta dan rayulah adu mu kepada Tuhan, apa yang terbaik buat mu adinda
Tuhan menciptakan manusia itu berpasangan,
Tuhan juga yang menemukan kita,
Tuhan jua lah yang mencipta rasa tarikan itu,
Libatkan Tuhan dalam perasaan cinta ya..
moga redha Tuhan turut bersama..
hati hati lah kau dalam menjaga hati.
harapan
penat.
nak tahu perkara apa yang paling penat?
harapan.
harapan manusia menerima kita
harapan manusia memahami kita.
akhirnya harapan sejenis ni memakan diri.
harapan sejenis ini akan buat kita berpusing-pusing dijalan yg sama berulang kali.
boleh jadi akhirnya hati dan emosi juga akal bercerai berai, koyak rabak.
pecah, terurai hingga ke cebisan akhir.
setiap kali kau letakkan rasa cinta pada manusia.
sekali tu jugak lah engkau jatuh bertimpa timpa
Sunday, 31 October 2021
Jiwa yang mati
Cinta itu mmg luarbiasa ciptaan nya. boleh buat kita korbankan segala kepentingan diri demi untuk org yg dicintai.
hebat betul cinta, tapi cinta ini bersifat seperti apa?
sia sia kasih jika Tuhan tidak Mengasihi
sia sia kasih jika Tuhan tidak gembira
sia sia kasih jika Tuhan murka
sia sia kasih jika Tuhan dibiar jauh tanpa kabar.
cinta yang bagaimana Engkau suka Wahai Tuhan? ajarilah kami yang lemah dan tidak terdaya ini Wahai Pemilik Jiwa.
Wednesday, 5 May 2021
perempuan tanpa hati
23 ramadhan 1442
8.26 pm hujan masih renyai dgn lebat waktu ni.
tadi jam 7.20 pertama kali iftar bersama kawan² sekerja aku. kami rancang nak berbuka bersama tengahari tadi dekat dgn rumah aku. jadi aku ditugaskan untuk menempah dahulu tempat dan makanan.
lepas sahaja aku selesai booking hujan turun dgn ribut yang sgt lebat.
kawan² aku ada kesulitan untuk hadir. aku risau jugak memikirkan jika terjadi last minit cancel akan disebabkan aku sudah order. tetapi alhamdulilah semua nya sampai dgn tepat masa berbuka tadi.
seorang rakan aku topup order untuk memeriahkan lagi iftar tadi! alhmdulillah banyak makanan yg terhidang tadi.
rasa tak sabar betul nak makan tadi sbb mcm² juadah ada dgn dilengkapi sahabat² aku yg ceria kan suasana, alhamdulilah syukur dgn nikmat Allah
lepas habis sahaja kami makan sume dan gelak ketawa bersama sama, lalu meluru seorang sahabat ke arah kaunter nak bayar sume yg kami mkn bersama tadi.
kami apa lagi bertiga lah meluru jugak ke arah nya untuk berebut bayar di kaunter 🤭
kelakar sungguh jika di ingat semula scene tadi.
yaAllah kurniakan kebaikkan yg diredhai di disisiMu kepada hambaMu 'mek' semoga Allah melimpahkan kpd nya dgn penuh rahmat dan kasih sayang dari Allah. Amin 🤍
syukur dgn rasa bahgia Allah hadirkan tadi.
terlalu banyak nikmat Allah hadirkan untuk aku rasai gembira.
Allah maha baik. Allah tahu hati aku tak kuat dan sedang bersedih. Allah hadirkan hamba2Nya yg soleh dtg untuk menghiburkan aku.
aku rasa mcm x nak menulis hal ini.
tapi sudah aku diamkan beberapa hari. aku rasa aku tak mampu menahan lagi. aku perlu zahirkan.
semoga hati aku lebih tenang bila habis sahaja aku menulis semua cerita ini.
ade beberapa perkara yang sudah aku pendamkan beberapa tahun saat dikurniakan nyawa ini.
kisah tentang keluarga kecil ku dan aku.
aku dikurniakan ibu dan ayah serta dua abg ku. dan aku seorang perempuan didalam kuarga kecil ini.
aku masih ingat ketika usia aku masih kecil aku rasa sgt bahgia.
tapi bahagia yg hadir itu seperti tidak terasa, tiba2 sahaja ia pergi bagai direntap. dgn kehilangan ibu kandung ku.
ketika itu aku sebagai seorang anak perempuan yg sblm ini dimanjakan. di ajar dalam setiap apa perkara. semua nya hilang bagai tak percaya.
aku hilang sumber pendoman.
seorang anak perempuan yg selalu bersama ibu. ditinggalkan dan perlu bljr mematangkan diri sbgai wanita seorang diri.
aku hilang punca orang yang sentiasa memberi semangat kepada aku.
yang sering memuji aku.
marah dgn hikmah tatkala aku benar² melakukan kesalahan.
kasihani aku tatkala aku diperlukan.
aku hilang. rasanya bagai hilang sahabat sejati.
aku meniti kehidupan aku sendirian.
walaupun aku masih ada adik beradik. tetapi mereka semua lelaki. dan aku memahami. mereka juga struggle untuk menerima akan kehilangan ini. terutama tulang punggung kuarga ini. ayah. pasti dia yg paling sedih dan susah.
pasti sahaja seorang ayah yg membesarkan 3 org anak seorang tidak lah perkara yg mudah.
Dia memang ayah yang sgt hebat.
tapi aku harus akui. ayah cuba sedaya menjaga ku sebagai anak perempuan nya. mungkin benar kata org. susah menjaga anak perempuan seorang.
aku pernah banyak kali orang sebut pada aku.
jangan susahkan ayah.
nak jaga anak perempuan seorang ni susah macam jaga berpuluh ekor lembu.
masih tersemat ayat tu dlm kepala aku.
masa tu aku rasa hadirnya aku meyusahkan org sekeliling.
aku perlu bangun dan hidup sendiri supaya tidak menyusahkan orang lain. ketika itu aku kuatkan hati aku seperti mana lelaki kuatkan hati.
aku ajar hati aku untuk tahan seperti lelaki. buat segala nya sendiri.
pendamkan dan tanamkan sejauh jauh nya perasaan apa yg aku rasa sebagai perempuan.
ketika itu dlm fikiran aku hanyalah aku perlu kuat. supaya tidak menyusahkan org.
iyaa.. org mula hadir. ckp aku sombong. tak mendengar kata. tak hormat org tua. buat perangai sendiri.
sekali lagi aku jatuh. aku keliru. apa yg manusia mahu?
mereka ckp jgn disusahkan org. sudah aku kuatkan diri. buat semua sendiri.
bila aku semua nya sendiri. mereka ckp aku tidak menghormat mereka.
org hanya komplen akn kesalahan ku.
namun tidak pernah ada yg hadir tanyakan kabar hati aku.
aku perempuan. aku masih seorang perempuan. tak pernah orang dtg dan tanya apa kesedihan aku. orang hnya datang mengajar dan marah itu ini.
bertahun berlalu. aku sudah mahir membawa diri. aku sudah develop episode membawa diri dari umur 9 tahun.
tiada siapa yg ada disisi aku. dan bertanya kabar hati aku.
org hanya dtg dan cakap "aku respect kau boleh hidup sorang2"
hakikatnya Allah sahaja yg lebih mengetahui setiap isi hati.
bertahun berlalu aku jadi tak endahkan perkara apa berlaku dlm kuarga aku.
kuarga aku x ambil tahu hal aku. dan aku tak ambil tahu hal mereka.
aku hanya cakap biar waktu yg tentukan semua.
aku dibesarkan dgn perasaan yg perlu menjadi kental.
aku dibesarkan dgn hal yg aku perlu berdikari sendiri.
aku dibesarkan perlu telan setiap emosi yg aku tak faham.
aku dibesarkan dengan menerima apa sahaja yang diperkatakan org kpd aku.
berat.
dulu, aku kalau lihat perempuan yg lain bergaul. aku rasa terlalu seorang sgt. aku kdg² bila melihat mereka. aku tertanya mcm seronok je jd seorang perempuan?
tapi macamana rasa jd seorang perempuan ya?
mesti seronok kan diorang gembira. ada orang gelak ketawa sekali. diorang sedih ada org untuk diluahkan dan mendengar.
dulu nya aku mencari gembira dgn alam. sehingga lah sekarang sudah menjadi lali melihat langit yg setia menemani.
sedih marah aku zahirkan dgn menjerit sekuat hati, aku menangis sekuat hati paling dalam.
masa pantas berlalu sudah hampir genap 26 thun usia ku.
sedikit demi sedikit Allah hadirkan pelangi.
tetapi trauma itu masih tersisa.
aku perlu akui aku masih ada sedikit trauma
trauma diri tidak pernah rasa disayangi.
tapi tidak apalah dunia ini hanya sementara.
bak kata kak kay kekuatan kita adalah kelemahan kita.
kekuatann aku adalah membahagiakan org. dan itulah juga kelemahan aku untuk beralah dgn kebahagiaan dari namanya manusia.
aku kene akui aku mmg tidak boleh lari dari perasaan sendiri yg nak dihargai.
tapi mungkin belum tiba masanya. mungkin kasih itu hadir bukan di sini. semoga Allah bantu aku kuatkan hati aku yg lemah ini.
aku kecundang lg hari ini.
hanya kerana perasaan perlu dihargai.
maafkan aku tuhan, aku hambaMu yang lemah.
dari tercipta nya aku sebagai hambaMu. Engkau jualah yang menjaga ku dgn penuh rahmah. untuk yg kesekian kali maafkan daku..
aku maafkan mereka kerana mereka tidak mengetahui. mereka juga manusia yg sama seperti aku. lemah. aku perlu belajar lebih memahami mereka. ramai lagi manusia yg lebih memerlukan rasa kasih. aku maafkan diri aku yang sering menyakiti.
aku maafkan segala yg terjadi. aku minta maaf dgn diri sendiri sbb selalu merasakan tidak disayangi. terus memberi dgn seikhlas hati. dunia bkn tempat kembali, ini hanya tempat penat lelah yg akan terbalas nnti.
Sunday, 15 December 2019
first day pengalaman waitress
kenapa aku pilih thai restaurant ni?
second benda basic lepas korang di interview, korang mesti kene tahu basic gaji, bayaran ot per jam, bayaran kwsp/epf, benefit apa lagi ada di company tersebut, waktu bekerja, job skop apa and lain lain yang korang nak tahu korang boleh tanya manager yang interview korang okay!
so when korang dah rasa semua nya jelas! apa lagi jom start.
first day aku berkerja di restaurant tu, aku diajar buku menu dan nombor kod didalam buku menu untuk di key in didalam system. yassss opkos untuk first day pening kepala dibuat nak menghafal menu. tp korang jgn risau. kalau korang slow, inform customer korang masih dalam tempoh trainer, dan customer akan faham. dan repeat semula order di depan customer supaya tiada order yang tersilap atau tertinggal.
untuk first day please cari kasut yang korang selesa untuk berdiri lama! ni tips penting korang! kalau boleh jangan pakai kasut yang tapaknya nipis! uish kaki menyengat nyengat je nanti. please bring mineral water okay :)
jangan risau first day mana mana pon memang agak mencabar! jgn risau sehari akn berlalu tanpa korang sedar. so tetap semangat be alert dgn apa pun korang belajar okayyy. believe me korang akan expert when u make mistake! selagi korang takut buat silap, korang tak nampak the right thing and korang takkan belajar! so keep maintain ur emotion bila ada mistake okayyy! dan ak prefer korang ada note kecil korang sendiri.
![]() |
| Red ruby sumpah sedap! |
aku rasa tu je kot sikit aku share untuk first day bende yang korang patut bersedia, selain fizikal, emosi korang mesti get ready. mulakan kerja dgn yakin tenang and apepon start with bismillah!. after hari yang penuh keletihan balik mandi rehat dan tidur terus okay :) wish u luck!
langit ibrahimiah
lebih kurang waktu ptg, aku melangkah dengan kaki yang perlahan, selangkah demi selangkah. daripada tingkat 2 rumah petak arab tu ke rooftoo...
