https://youtu.be/AFYu2nvDR9g?si=Do2Ik5T1JP29djfh

Friday, 31 July 2026

langit ibrahimiah

lebih kurang waktu ptg, aku melangkah dengan kaki yang perlahan, selangkah demi selangkah. daripada tingkat 2 rumah petak arab tu ke rooftoop terletak di tingkat 4, beruntung juga aku bila di fikir kan rumah itu miliki rooftop, rooftop yang bukan dalam drama yang dipenuhi tanaman atau kolam ikan. tapi hanya rooftop seperti rumah yang sedang dalam construction. yang ada balkoni tapi belum ada dinding, lantai yang berdebu dipenuhi simen2 yang mengeras. 

tak sangka di situ tempat yang paling tenang buat aku untuk menarik nafas, untuk meluahkan rasa sedih, untuk meluahkan rasa rindu kepada keluarga yang jauh. 

oh ya aku semabung cerita ya, sampai aku di tingkat 4 rooftop, ada sesuatu yang berlaku pada aku ketika itu tapi yg hanya aku ingat perasaan sedih. 

aku melangkah di tgn kanan aku membawa sebuah al quran, yang sememangnya aku membawa kemana mana kerana ketika itu memang aku seorang pelajar tahfiz, perlu mengejar menghafal. jadi alquran itu tak lekang di tgn ku. untuk mengejar hafalan.

aku duduk di tangga yang penuh simen. merenung ayat alquran, sambil meghafal. berulang kali aku menyebut ayat yg sama, sgt sukar untuk aku ingat. lantas air mata ku jatuh membasahi halaman ayat itu, aku tutup al quran. bangun dari tangga itu menuju ke tingkap yang hanya siap memasang bata.

aku meyandarkan diri ku pada bingkai tingkap tu, melihat dari atas kampung ibrahmiah itu, aku perhatikan ada mak arab tengah jaga kambing, ada pakcik arab tengah menguruskan tanaman. nampak anak anak arab tengah bermain bola. aku melihat setiap inci kehidupan mereka, entah apa yg ada dalam kepala aku waktu tu. aku cuma ingat aku nak lari daripada situ. tapi tak boleh. macamana aku nak bali malaysia? jumpa ayah dan abg abg aku? pulang rumah dan bilik yang aku rasa selamat? aku tidak lah terfikir mahu menyeberangi laut atau membungkus baju dgn berbekal kan roti untuk lari. 

aku hanya melihat kehodupan mereka, entah mungkin aku ingin rasa bebas dari semua tekanan ni seperti mereka.

air mata aku mengalir deras, tekak aku seperti ada batu yg sgt berat menghentikan nafas. aku keluarkan perkataan "ayah, akak rindu" "abg paiz abgwan akak rindu" cukup perkataan ini, nafas aku bagi mengeluarkan batu yg begitu keras tadi. aku menangis teresak esak sehingga hati aku merasa lapang. 

entah apa ajaib langit ibrahimiah ni, biru seluas mata memandang. tiada awak yang terlihat. seperti aku berada di langit yang lain. bkn seperti langit yang biasa aku tengok di malaysia dpenuhi awan. 

langit itu menenangkan daku ketika itu. pelan pelan aku boleh bernafas dengan tenang. 

seperti ada yang memeluk dan melihatku. tapi tiada entiti di mata kasar ku. hanya merasa pelukan yg panas. 

langit ibrahimiah

lebih kurang waktu ptg, aku melangkah dengan kaki yang perlahan, selangkah demi selangkah. daripada tingkat 2 rumah petak arab tu ke rooftoo...