https://youtu.be/AFYu2nvDR9g?si=Do2Ik5T1JP29djfh

Tuesday, 16 November 2021

Mawar

buat si mawar berhati hati lah engkau saat memberi hati. 

hati yg selama kau jaga, mungkin juga dijaga disemai sudah oleh kedua ibubapa mu.

lalu tidak kau hati hati 

tambah lah ilmu si mawar yang gemalai
kenali lah yang benar benar..

yang menadah cinta mu nanti adakah yang benar diredha ilahi..
jangan lah engkau sewenang wenang memberi selagi belum berdoa bersungguh2 kepada Tuhan

ketahuilah engkau saat kau tidur hampir setiap malam, merasakan begitu bahgia membayangkan, bagi dia yg bukan halal untuk mu. itu permainan saitan yg pertama. 

ketahuilah engkau saat engkau merasakan dunia ini perhiasan yg indah buat mu, dihiasi dgn rasa cinta dan angau bagi dia yang bukan halal untuk mu. yakinlah itu permainan saitan yang kedua.

ketahuilah engkau saat tiap-tiap waktu harian mu penuh dgn mengingati si dia yg bukan halal bagi mu. itu permainan saitan yang ketiga. 

saat hal ini berlaku banyak-banyak berdoa dan memohon ampunan kepada Tuhan.
tahulah dikau wahai Mawarku, Tuhan ciptakan mu dgn penuh hikmah, 
begitu santun dan sabar nya Nabi mengangkat martabat mu. 
jagalah hati mu, jagalah dirimu, 
minta dan rayulah adu mu kepada Tuhan, apa yang terbaik buat mu adinda

Tuhan menciptakan manusia itu berpasangan,
Tuhan juga yang menemukan kita,
Tuhan jua lah yang mencipta rasa tarikan itu,
Libatkan Tuhan dalam perasaan cinta ya.. 
moga redha Tuhan turut bersama..

hati hati lah kau dalam menjaga hati. 
 

harapan

penat.
nak tahu perkara apa yang paling penat? 

harapan.
harapan manusia menerima kita
harapan manusia memahami kita. 

akhirnya harapan sejenis ni memakan diri. 
harapan sejenis ini akan buat kita berpusing-pusing dijalan yg sama berulang kali.

boleh jadi akhirnya hati dan emosi juga akal bercerai berai, koyak rabak.

pecah, terurai hingga ke cebisan akhir. 


setiap kali kau letakkan rasa cinta pada manusia. 
sekali tu jugak lah engkau jatuh bertimpa timpa


Sunday, 31 October 2021

Jiwa yang mati

Ahad 10.40 pagi, hari terakhir bulan oct. Maka berlalu sudah 10 bulan bagi tahun 2021. 

Assalamualaikum, pada waktu 10 pagi begini awan mendung. Beberapa minggu ini langit selalu gelap. Musim bumi khatulistiwa mungkin. Bercerita tentang langit. aku seorang yang setiap kali celik dari mimpi pasti mencari langit. macam mahu tahu kabar dari langit apa keadaan nya harini. pelik bukan tabiat ini ? haha begitulah aku. 

setelah sekian lama hajat ingin menulis tak aku kotakan, namun harini dgn izin Allah azzawajalla. Aku menulis, tidak ada daya dan kekuatan ku melakukan sesuatu melainkan daya dan izin dari Tuhanku. 

Pada rabu yg lepas 27/10 aku dipanggil untuk hadiri appoiment jab vaks. Hakikat sungguh berat namun aku endahkan perasaan itu serahkan segala ketentuan. Dalam fikiran aku, kehidupan ini mmg tempat diuji. semoga masa yg berbaki, Tuhan izinkan apa yang aku niat dihati. 

Cinta itu mmg luarbiasa ciptaan nya. boleh buat kita korbankan segala kepentingan diri demi untuk org yg dicintai. 


hebat betul cinta, tapi cinta ini bersifat seperti apa? 

sia sia kasih jika Tuhan tidak Mengasihi
sia sia kasih jika Tuhan tidak gembira
sia sia kasih jika Tuhan murka
sia sia kasih jika Tuhan dibiar jauh tanpa kabar.


cinta yang bagaimana Engkau suka Wahai Tuhan? ajarilah kami yang lemah dan tidak terdaya ini Wahai Pemilik Jiwa.


Wednesday, 5 May 2021

perempuan tanpa hati

23 ramadhan 1442 

8.26 pm hujan masih renyai dgn lebat waktu ni. 

tadi jam 7.20 pertama kali iftar bersama kawan² sekerja aku. kami rancang nak berbuka bersama tengahari tadi dekat dgn rumah aku. jadi aku ditugaskan untuk menempah dahulu tempat dan makanan. 


lepas sahaja aku selesai booking hujan turun dgn ribut yang sgt lebat. 


kawan² aku ada kesulitan untuk hadir. aku risau jugak memikirkan jika terjadi last minit cancel akan disebabkan aku sudah order. tetapi alhamdulilah semua nya sampai dgn tepat masa berbuka tadi. 


seorang rakan aku topup order untuk memeriahkan lagi iftar tadi! alhmdulillah banyak makanan yg terhidang tadi. 


rasa tak sabar betul nak makan tadi sbb mcm² juadah ada dgn dilengkapi sahabat² aku yg ceria kan suasana, alhamdulilah syukur dgn nikmat Allah 


lepas habis sahaja kami makan sume dan gelak ketawa bersama sama, lalu meluru seorang sahabat ke arah kaunter nak bayar sume yg kami mkn bersama tadi. 


kami apa lagi bertiga lah meluru jugak ke arah nya untuk berebut bayar di kaunter 🤭

kelakar sungguh jika di ingat semula scene tadi. 


yaAllah kurniakan kebaikkan yg diredhai di disisiMu kepada hambaMu 'mek' semoga Allah melimpahkan kpd nya dgn penuh rahmat dan kasih sayang dari Allah. Amin 🤍 


syukur dgn rasa bahgia Allah hadirkan tadi. 

terlalu banyak nikmat Allah hadirkan untuk aku rasai gembira. 


Allah maha baik. Allah tahu hati aku tak kuat dan sedang bersedih. Allah hadirkan hamba2Nya yg soleh dtg untuk menghiburkan aku. 


aku rasa mcm x nak menulis hal ini. 

tapi sudah aku diamkan beberapa hari. aku rasa aku tak mampu menahan lagi. aku perlu zahirkan. 


semoga hati aku lebih tenang bila habis sahaja aku menulis semua cerita ini. 


ade beberapa perkara yang sudah aku pendamkan beberapa tahun saat dikurniakan nyawa ini. 


kisah tentang keluarga kecil ku dan aku.  

aku dikurniakan ibu dan ayah serta dua abg ku. dan aku seorang perempuan didalam kuarga kecil ini. 


aku masih ingat ketika usia aku masih kecil aku rasa sgt bahgia. 

tapi bahagia yg hadir itu seperti tidak terasa, tiba2 sahaja ia pergi bagai direntap. dgn kehilangan ibu kandung ku. 


ketika itu aku sebagai seorang anak perempuan yg sblm ini dimanjakan. di ajar dalam setiap apa perkara. semua nya hilang bagai tak percaya.


aku hilang sumber pendoman. 


seorang anak perempuan yg selalu bersama ibu. ditinggalkan dan perlu bljr mematangkan diri sbgai wanita seorang diri. 


aku hilang punca orang yang sentiasa memberi semangat kepada aku. 

yang sering memuji aku.

marah dgn hikmah tatkala aku benar² melakukan kesalahan.

kasihani aku tatkala aku diperlukan. 


aku hilang. rasanya bagai hilang sahabat sejati. 


aku meniti kehidupan aku sendirian. 


walaupun aku masih ada adik beradik. tetapi mereka semua lelaki. dan aku memahami. mereka juga struggle untuk menerima akan kehilangan ini. terutama tulang punggung kuarga ini. ayah. pasti dia yg paling sedih dan susah. 


pasti sahaja seorang ayah yg membesarkan 3 org anak seorang tidak lah perkara yg mudah. 

Dia memang ayah yang sgt hebat. 


tapi aku harus akui. ayah cuba sedaya menjaga ku sebagai anak perempuan nya. mungkin benar kata org. susah menjaga anak perempuan seorang. 


aku pernah banyak kali orang sebut pada aku. 

jangan susahkan ayah. 

nak jaga anak perempuan seorang ni susah macam jaga berpuluh ekor lembu. 


masih tersemat  ayat tu dlm kepala aku. 

masa tu aku rasa hadirnya aku meyusahkan org sekeliling. 

aku perlu bangun dan hidup sendiri supaya tidak menyusahkan orang lain. ketika itu aku kuatkan hati aku seperti mana lelaki kuatkan hati. 

aku ajar hati aku untuk tahan seperti lelaki. buat segala nya sendiri. 

pendamkan dan tanamkan sejauh jauh nya perasaan apa yg aku rasa sebagai perempuan. 


ketika itu dlm fikiran aku hanyalah aku perlu kuat. supaya tidak menyusahkan org. 


iyaa.. org mula hadir. ckp aku sombong. tak mendengar kata. tak hormat org tua. buat perangai sendiri. 


sekali lagi aku jatuh. aku keliru. apa yg manusia mahu? 


mereka ckp jgn disusahkan org. sudah aku kuatkan diri. buat semua sendiri. 


bila aku semua nya sendiri. mereka ckp aku tidak menghormat mereka. 


org hanya komplen akn kesalahan ku. 

namun tidak pernah ada yg hadir tanyakan kabar hati aku. 


aku perempuan. aku masih seorang perempuan. tak pernah orang dtg dan tanya apa kesedihan aku. orang hnya datang mengajar dan marah itu ini. 


bertahun berlalu. aku sudah mahir membawa diri. aku sudah develop episode membawa diri dari umur 9 tahun. 


tiada siapa yg ada disisi aku. dan bertanya kabar hati aku. 

org hanya dtg dan cakap "aku respect kau boleh hidup sorang2"


hakikatnya Allah sahaja yg lebih mengetahui setiap isi hati. 


bertahun berlalu aku jadi tak endahkan perkara apa berlaku dlm kuarga aku. 


kuarga aku x ambil tahu hal aku. dan aku tak ambil tahu hal mereka. 

aku hanya cakap biar waktu yg tentukan semua. 


aku dibesarkan dgn perasaan yg perlu menjadi kental. 

aku dibesarkan dgn hal yg aku perlu berdikari sendiri.

aku dibesarkan perlu telan setiap emosi yg aku tak faham.

aku dibesarkan dengan menerima apa sahaja yang diperkatakan org kpd aku.


berat.


dulu, aku kalau lihat perempuan yg lain bergaul. aku rasa terlalu seorang sgt. aku kdg² bila melihat mereka. aku tertanya mcm seronok je jd seorang perempuan? 

tapi macamana rasa jd seorang perempuan ya?


mesti seronok kan diorang gembira. ada orang gelak ketawa sekali. diorang sedih ada org untuk diluahkan dan mendengar. 


dulu nya aku mencari gembira dgn alam. sehingga lah sekarang sudah menjadi lali melihat langit yg setia menemani.


sedih marah aku zahirkan dgn menjerit sekuat hati, aku menangis sekuat hati paling dalam. 


masa pantas berlalu sudah hampir genap 26 thun usia ku. 


sedikit demi sedikit Allah hadirkan pelangi. 

tetapi trauma itu masih tersisa. 


aku perlu akui aku masih ada sedikit trauma

trauma diri tidak pernah rasa disayangi. 


tapi tidak apalah dunia ini hanya sementara. 


bak kata kak kay kekuatan kita adalah kelemahan kita. 


kekuatann aku adalah membahagiakan org. dan itulah juga kelemahan aku untuk beralah dgn kebahagiaan dari namanya manusia. 


aku kene akui aku mmg tidak boleh lari dari perasaan sendiri yg nak dihargai. 


tapi mungkin belum tiba masanya. mungkin kasih itu hadir bukan di sini. semoga Allah bantu aku kuatkan hati aku yg lemah ini. 


aku kecundang lg hari ini. 

hanya kerana perasaan perlu dihargai.


maafkan aku tuhan, aku hambaMu yang lemah. 

dari tercipta nya aku sebagai hambaMu. Engkau jualah yang menjaga ku dgn penuh rahmah. untuk yg kesekian kali maafkan daku..


aku maafkan mereka kerana mereka tidak mengetahui. mereka juga manusia yg sama seperti aku. lemah. aku perlu belajar lebih memahami mereka. ramai lagi manusia yg lebih memerlukan rasa kasih. aku maafkan diri aku yang sering menyakiti. 

aku maafkan segala yg terjadi. aku minta maaf dgn diri sendiri sbb selalu merasakan tidak disayangi. terus memberi dgn seikhlas hati. dunia bkn tempat kembali, ini hanya tempat penat lelah yg akan terbalas nnti.




langit ibrahimiah

lebih kurang waktu ptg, aku melangkah dengan kaki yang perlahan, selangkah demi selangkah. daripada tingkat 2 rumah petak arab tu ke rooftoo...